أسلام عليكم ورحمة الله
الحمد لله رب العلمين
. Selawat dan salam sejahtera kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, maka
baginda telah memberi dua pegangan yang tidak akan sesat jika berpegang dengan
sebenar-benarnya yakni Al-Quran dan As-Sunnah. Nasihat dan peringatan yang
telah diberikan kepada baginda kepada umatnya untuk melalui jalan dunia yang
penuh halangan dengan memdahului dengan menjaga kerohanian(hati) dari
sifat-sifat mahmudah sebagai pelindung
dari terjerumus ke lembah kebinasaan.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a memberitakan dari Nabi SAW telah bersabda:
بلغوا عني ولو أية
maksudnya: "Sampaikan daripadaku walaupun senbentuk ayat."
Sedikit bingkisan peringatan dari temanmu
yang serba kekurangan,
1) Rasulullah bersabda:
أكمل الموءمنين ايمانا أحسنهم خلقا
Bermaksud: “Orang mukmin yang paling
sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya”
Sebagai seorang hamba yang penuh
keistimewaan berbanding makhluk lain yang dicipta Allah. Beruntungnya dengan
segala kenikmatan yang diberi tanpa diminta balasan kembali malah memberikan
anugerah syurga akan hamba yang bertaqwa. Nilai sebuah sifat disisi Ilahi
sungguh bermakna kerana akan dikawal oleh iman di dalam diri. Kekuatan iman
yang akan memandu jasad untuk bertindak melalui tingkah laku yang dilakukan.
Penghormatan diberi kepada hamba-NYA yang menjaga sifat mahmudah yang semunya
datang dari Ilahi. Pelihara dirimu dari lembah kegelapan.
2) Rasulullah SAW bersabda:
البر حسن الخلق
Maksudnya: ” Kebaikan itu ialah baik
akhlaknya”
Ketahuilah temanku, dimana nilai seseorang
manusia itu terletak pada akhlak atau sifatnya. Sama ada baik atau buruk,
terpuji atau tercela, mulia atau cela. Segalanya terletak kepada diri yang
dihidupkan dengan iman untuk memilih jalan di dunia melalui sifat mahmudah atau
pun sifat mazmumah. Jadilah tingkah laku yang baik sebagai pakaian untuk ke
akhirat kelak.
3) Nasihatku buat teman seperjuangan,
Sabda Rasulullah SAW:
خياوكم أحاسنكم أخلاقا
Maknanya: “orang yang paling baik di
kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.”
Akhlak sangat penting dalam kehidupan
kerana akan membimbing hamba untuk menuju kepada Ilahi. Membentuk nilai yang
tinggi sehingga akan dihormati oleh setiap makhluk bernyawa. Sifat yang mulia
dapat membina kehebatan ketika berada Dihadapan Allah di akhirat kelak. Sifat
sebegini menjadi dambaan semua hamba. Maka semailah sifat pemaaf, ikhlas,
penyabar ,amanah.
4) Sabda Rasulullah SAW:
جالق الناس بخلق حسن
Ertinya: “Berakhlaklah dengan manusia
dengan akhlak yang baik (indah)”
Uslub dakwah Rasulullah yang pertama adalah
dengan menunjukkan sifat yang mulia kepada masyarakat sehingga diberi gelaran
al-amin. Maka dengan kaedah ini telah dapat menjalankan tanggungjawab khalifah
di muka bumi ini yakni amal ma’ruf nahi mungkar (da’i). Semailah kasih sayang sesama
makhluk dengan menanam sifat husno zhon antara saudara.
5) Rasulullah telah bersabda:
الحياء من الاءيمان
Bermaksud: “malu separuh dari iman”
Inilah sifat para rasul dan nabi dalam
menjalani tuntutan amanah dari Allah untuk menyeru kepada jalan yang benar.
Sifat malu yang terpuji dapat mengawal diri untuk tidak terikut dengan tipu
daya dunia,nafsu yang buruk serta hasutan musuh utama manusia (syaitan).
Pelihara sifat ini dengan sebaiknya dan kawal dalam menjalani kehidupan dengan
sederhana.
6) Sabda Rasulullah SAW:
خير الناس أنفعهم للناس
Ertinya: “Sebaik-baik manusia ialah yang
paling banyak memberi sumbangan berguna kepada manusia yang lain.”
Diberi Allah pelbagai kenikmatan
kepada hamba-NYA sehingga tidak terhitung banyaknya. Kasihnya Allah
kepada hambanya yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang
diberi malah hanya meminta untuk mengabdikan diri kepada-NYA. Kelebihan
nikmat yang diperolehi dapat menjadi sumbangan yang baik kepada manusia
dengan mengejar rahmat ilahi semata-mata. Sumbangan yang terbaik adalah
diberikan kepada insan yang sangat memerlukan ketika dalam kesusahan.
Pelbagai sumbangan dapat diberikan mengikut kemampuan diri untuk
menjalikkan ukhwah sesama manusia.
7) Sabda Rasulullah SAW:
الكلمة الطيبة صدقة
Maknanya: “kata-kata yang baik adalah
sedekah.”
tuntutan dalam islam bukan sahaja mengabdikan diri kepada Allah malah
menjadi insan yang berguna kepada manusia lain terutama kepada ibubapa, teman,
guru, jiran tetangga dan saudara seislam. Manfaay yang diberi akan menjadi
saksi yang telah dilakukan di muka bumi dengan penuh pengharapan kepada Allah.
Gunakanlah sebaik mungkin nikmat jasad yang diberi untuk disumbangkan kepada
masyarakat walaupun sedikit.
8) Sabda Rasulullah SAW:
كن في الدنيا كانك غريب أو سبيل
Ertinya: “Hendaklah anda berada (hidup) di
dunia seolah-olah anda seorang perantauan atau orang dalam perjalanan jauh.”
Bumi atau dunia yang didialami oleh makhluk
Allah bukanlah tempat yang kekal tapi hanya jalan untuk menuju ke destinasi
penamat yakni akhirat yang kekal selama-lamanya. Perjalanan dunia membawa
pelbagai rintangan dan ujian kepada hambanya untuk dinilai di padang mahsyar
dengan impalan syurga atau neraka. Gunakan tongkat iman sebagai peneman ketika
dalam perjalanan serta al-quran dan as-sunnah sebagai panduan.
9) Sabda Rasulullah SAW:
ليس الغني عن كسرة العرض, ولكن الغني غنى
النفس
Maksudnya: “Bukanlah kaya itu dengan sebab
banyak harta benda; akan tetapi (sebenar-benar) kaya itu ialah kaya hati
(jiwa).”
Kaya yang sebenar ialah mampu berbelanja
menurut keperluan sehingga tidak perlu bergantung kepada orang lain. Kaya
dengan jiwa akan membentuk diri yang penuh dengan keimanan menurut perintah
Allah serta melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kekayaan jiwa dapat
dimiliki dengan melakukan amal soleh antaranya sedekah, berzikir, solat, serta
amalan yang membawa kepada ganjaran pahala.
10) Rasulullah SAW telah bersabda:
لا تباغضوا ولا تحاسدوا ولا تدابروا وكونوا
عباد الله اخونا
Maknaya: “Janganlah kamu benci-membenci,
janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah kamu belakang-membelakang dan
hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
Penerapan nilai mahmudah dapat membentuk
hati yang murni dan menghalang hati dari dimasuki nilai mazmumah yang akan
membawa kepada mahabbah kepada makhluk kerana khaliqnya. Islam sendiri menegah
untuk melanggari hak-hak sesama saudara dari sifat tercela yang datang dari
iblis laknatullah yang sentiasa berusaha memerangi hamba Allah. Rasulullah
mentarbiah umatnya untuk hidup bersaudara, cinta-mencintai dan saling
tolong-menolong.
11) Rasulullah SAW bersabda:
لا يؤمن أحدكم حتي يحب لأ خيه ما يحب لنفسه
Maksudnya: “tidak sempurna keimanan seorang
kamu sehingga dia mengasihani saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya
sendiri.”
Syariat Islam telah mewujudkan nilai
persaudaraan antara seluruh umat Islam yang hidup di dunia ini dengan suatu
corak kasih sayang yang luar biasa tanpa melihat luaran fizikal, kaum, bangsa
manusia tetapi cukup dengan menyebut syahadah maka manusia tersebut telah
menjadi saudara seagama. Corak kasih sayang nilai telah menghapuskan segala sikap
buruk diantara diri manusia seperti bersangka beruk (suul zhon).
12) Rasulullah SAW bersabda:
المؤمن أخو المؤمن
Maknanya: ”Orang mukmin saudara bagi mukmin
yang lain”
Allah SWT telah menyatukan antara
orang-orang mukmin dengan suatu ikatan persaudaraan yang kukuh melalui iman
yang berada di dalam hati. Hidup bersaudara perlu ada kasih-mengasihani,
sayang-menyayangi, nasihat-menasihati, tolong-menolong dan bertoleransi dengan
adab yang baik mengikut panduan yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. Sifat
yany dituntut dalam Islam akan membawa kepada sifat para ahli syurga yang
sememangnya menjadi keinginan bagi setiap hamba.
13) Rasulullah SAW bersabda:
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
Maksudnya: “Kerjasama seorang mukmin dengan
mukmin (yang lain) adalah seperti satu binaan, sebahagiaan menguatkan yang sebahagian.”
Rasulullah telah membawa empayar Islam
dengan jayanya melalui kekuatan kerjasama antara sahabat untuk menjadikan bumi
ini disinari dengan cahaya Islam. Para sahabat seperti Ibnu Batutta telah
menyebarkan syariat Islam sehingga ke negara china dengan meninggalkan segala yang dimiliki
dengan hanya mengejar cinta ilahi dan kekasih-NYA. Sifat ini telah memberi
pengajaran kepada umat masa kini untuk saling berkejasama antara saudara Islam
bagi memenuhi amanah seorang khalifah. Nilai ini akan memberi kurniaan
keberkatan dari ilahi dengan mengukuhkan tali persaudaraan dalam membina
kalimah Allah berada di puncak tertinggi.
14) Rasulullah SAW bersabda:
المؤمنون كرجل واحد
Maknanya: “(kesatuan dan kerjasama antara)
orang-orang mukmin itu adalah seperti satu tubuh.”
Satu perumpamaan yang diberikan kepada umat
yang dicintai iaitu mengenai kepentingan kesatuan dalam kerjasama antara Islam
sehingga merasai sakit jua apabila saudara Islam disakiti. Sifat ini dapat menyemai
kekuatan yang kukuh antara umat Islam. Tanggungjawab untuk menjaga hubungan
sesama insan akan terjalin apabila ada antara umat Islam
ditindas,dizalimi,disakiti. Inilah rahsia yang sebenarnya membawa kepada
kegemilangan agama Islam. Nilai ini yang membezakan antara agama Islam dengan
agama lain yang ada di muka bumi ini.
15) Rasulullah SAW bersabda:
المسلم أخو المسلم, لا يظلمه ولا يسلمه
Maksudnya: “Orang Islam itu ialah saudara
bagi orang Islam; dia tidaklah boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkannya
terbinasa.”
Indah hidup dalam syariat Islam apabila
hambanya tidak sahaja menjaga hubungan sesama manusia malah saling juga
memelihara diri sesama hamba yang lain untuk sama-sama mengejar redha Allah
tanpa berlaku permusuhan yang hanya memberi kerugian dalam diri seorang hamba.
Kezaliman yang dilakukan kepada saudara Islam yang lain dapat mendatangkan murka
Allah malah dibenci oleh semua makhluk Allah di muka bumi ini.
16) Rasulullah SAW bersabda:
المسلم من سلم اامسلمون من لسانه ويده
Ertinya: “Orang Islam itu ialah yang orang
terselamat kepada orang Islam lain daripada gangguan lidah dan tangannya.”
Perkataan “Islam” membawa erti “selamat,sejahtera”
yang melambangkan keselamatan di dalam agama yang agung. Nikmat anggota tubuh
badan yang diberi oleh Allah kepada hambanya adalah supaya ia memenuhi hak
anggota tersebut kepada Allah dengan melaksanakan amal soleh. Apabila nikmat
ini telah disalahgunakan untuk melakukan kejahatan kepada manusia maka akan
binasa di akhirat kelak dengan penuh kesengsaraan. Ketika itu tiada yang dapat
menolong melainkan melalui rahmat Allah SWT.