Diciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk di dunia supaya dapat menjadi KHALIFAH/PEMIMPIN yang dapat membawa cahaya kebenaran ke seluruh alam. Cahaya ini dapat dilihat dengan baik apabila terbentuk IMAN dalam diri seseorang hamba. Sebagaimana Rasulullah yang merupakan rahmat bagi seluruh alam. Rahmat yang hadir dari pencipta yang akan membentuk iman,kepercayaan seseorang hamba kepada penciptanya. Rahmat ini dapat hadir dari satu anugerah yang sangat bernilai kepada manusia iaitu HIDAYAH.
Iman merupakan satu benda yang sungguh abstrak yang berada dalam diri(rohani) manusia. Perkara kerohanian sangat rapat dengan iman malah berkait rapat antara satu sama lain. Makanan iman merupakan ibadah yang niat hanya kerana yang Maha Esa dan menghidupkan sunnah Rasulullah.
FirmanNYA bermaksud :"Tidak dijadikan jin dan manusia kerana untuk beribadah kepada-KU"
ayat ini jelas menggambarkan betapa tanggungjawab yang utama bagi hamba ialah TAQWA kepada yang khaliq tanpa ragu-ragu mengenai-NYA.
Iman dapat dibahagikan kepada 3 bahagian mengikut peringkat hamba:-
Iman yang terus naik dan tidak turun iaitu iman para Rasul, Nabi, Wali.
Iman yang tidak statik,kadangkala naik dan tirin ialah iman para masyarakat
Iman yang menurun dan tidak naik merupakan iman para munafik
Iman juga berperanan untuk mengawal diri dari terjerumus ke lembah kebinasaan musuh utama manusia iaitu SYAITAN/IBLIS yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran. Malah mengawal NAFSU buruk yang sentiasa tidak puas dengan permainan DUNIA. Maka syarat wajib dalam ISLAM untuk mendapat REDHA ilahi adalah melalui rukun iman:-
Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar