Friday, 3 October 2014

"Mencapai CINTA hamba bertaut ukhwah untuk memiliki REDHA Ilahi"

أسلام عليكم ورحمة الله

  الحمد لله رب العلمين

. Selawat dan salam sejahtera kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga
 
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, maka baginda telah memberi dua pegangan yang tidak akan sesat jika berpegang dengan sebenar-benarnya yakni Al-Quran dan As-Sunnah. Nasihat dan peringatan yang telah diberikan kepada baginda kepada umatnya untuk melalui jalan dunia yang penuh halangan dengan memdahului dengan menjaga kerohanian(hati) dari sifat-sifat mahmudah sebagai pelindung  dari terjerumus ke lembah kebinasaan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a memberitakan dari Nabi SAW telah bersabda:

بلغوا عني ولو أية 

maksudnya: "Sampaikan daripadaku walaupun senbentuk ayat."
Sedikit bingkisan peringatan dari temanmu yang serba kekurangan,
 

1)      Rasulullah bersabda:

 أكمل الموءمنين ايمانا أحسنهم خلقا

Bermaksud: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya”
Sebagai seorang hamba yang penuh keistimewaan berbanding makhluk lain yang dicipta Allah. Beruntungnya dengan segala kenikmatan yang diberi tanpa diminta balasan kembali malah memberikan anugerah syurga akan hamba yang bertaqwa. Nilai sebuah sifat disisi Ilahi sungguh bermakna kerana akan dikawal oleh iman di dalam diri. Kekuatan iman yang akan memandu jasad untuk bertindak melalui tingkah laku yang dilakukan. Penghormatan diberi kepada hamba-NYA yang menjaga sifat mahmudah yang semunya datang dari Ilahi. Pelihara dirimu dari lembah kegelapan.

2)      Rasulullah SAW bersabda:

البر حسن الخلق

Maksudnya: ” Kebaikan itu ialah baik akhlaknya”

Ketahuilah temanku, dimana nilai seseorang manusia itu terletak pada akhlak atau sifatnya. Sama ada baik atau buruk, terpuji atau tercela, mulia atau cela. Segalanya terletak kepada diri yang dihidupkan dengan iman untuk memilih jalan di dunia melalui sifat mahmudah atau pun sifat mazmumah. Jadilah tingkah laku yang baik sebagai pakaian untuk ke akhirat kelak.

3)      Nasihatku buat teman seperjuangan,

Sabda Rasulullah SAW:

خياوكم أحاسنكم أخلاقا

Maknanya: “orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.”

Akhlak sangat penting dalam kehidupan kerana akan membimbing hamba untuk menuju kepada Ilahi. Membentuk nilai yang tinggi sehingga akan dihormati oleh setiap makhluk bernyawa. Sifat yang mulia dapat membina kehebatan ketika berada Dihadapan Allah di akhirat kelak. Sifat sebegini menjadi dambaan semua hamba. Maka semailah sifat pemaaf, ikhlas, penyabar ,amanah.


4)      Sabda Rasulullah SAW:

جالق الناس بخلق حسن

Ertinya: “Berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik (indah)”

Uslub dakwah Rasulullah yang pertama adalah dengan menunjukkan sifat yang mulia kepada masyarakat sehingga diberi gelaran al-amin. Maka dengan kaedah ini telah dapat menjalankan tanggungjawab khalifah di muka bumi ini yakni amal ma’ruf nahi mungkar (da’i). Semailah kasih sayang sesama makhluk dengan menanam sifat husno zhon antara saudara.

5)      Rasulullah telah bersabda:

الحياء من الاءيمان

Bermaksud: “malu separuh dari iman”

Inilah sifat para rasul dan nabi dalam menjalani tuntutan amanah dari Allah untuk menyeru kepada jalan yang benar. Sifat malu yang terpuji dapat mengawal diri untuk tidak terikut dengan tipu daya dunia,nafsu yang buruk serta hasutan musuh utama manusia (syaitan). Pelihara sifat ini dengan sebaiknya dan kawal dalam menjalani kehidupan dengan sederhana.

6)      Sabda Rasulullah SAW:

خير الناس أنفعهم للناس

Ertinya: “Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi sumbangan berguna kepada manusia yang lain.”

Diberi Allah pelbagai kenikmatan kepada hamba-NYA sehingga tidak terhitung banyaknya. Kasihnya Allah kepada hambanya yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberi malah hanya meminta untuk mengabdikan diri kepada-NYA. Kelebihan nikmat yang diperolehi dapat menjadi sumbangan yang baik kepada manusia  dengan mengejar rahmat ilahi semata-mata. Sumbangan yang terbaik adalah diberikan kepada insan yang sangat memerlukan ketika dalam kesusahan. Pelbagai sumbangan dapat diberikan mengikut kemampuan diri untuk menjalikkan ukhwah sesama manusia.

7)      Sabda Rasulullah SAW:

الكلمة الطيبة صدقة

Maknanya: “kata-kata yang baik adalah sedekah.”

tuntutan dalam islam bukan sahaja mengabdikan diri kepada Allah malah menjadi insan yang berguna kepada manusia lain terutama kepada ibubapa, teman, guru, jiran tetangga dan saudara seislam. Manfaay yang diberi akan menjadi saksi yang telah dilakukan di muka bumi dengan penuh pengharapan kepada Allah. Gunakanlah sebaik mungkin nikmat jasad yang diberi untuk disumbangkan kepada masyarakat walaupun sedikit.
  

8)      Sabda Rasulullah SAW:

كن في الدنيا كانك غريب أو سبيل

Ertinya: “Hendaklah anda berada (hidup) di dunia seolah-olah anda seorang perantauan atau orang dalam perjalanan jauh.”

Bumi atau dunia yang didialami oleh makhluk Allah bukanlah tempat yang kekal tapi hanya jalan untuk menuju ke destinasi penamat yakni akhirat yang kekal selama-lamanya. Perjalanan dunia membawa pelbagai rintangan dan ujian kepada hambanya untuk dinilai di padang mahsyar dengan impalan syurga atau neraka. Gunakan tongkat iman sebagai peneman ketika dalam perjalanan serta al-quran dan as-sunnah sebagai panduan.

9)      Sabda Rasulullah SAW:

ليس الغني عن كسرة العرض, ولكن الغني غنى النفس

Maksudnya: “Bukanlah kaya itu dengan sebab banyak harta benda; akan tetapi (sebenar-benar) kaya itu ialah kaya hati (jiwa).”

Kaya yang sebenar ialah mampu berbelanja menurut keperluan sehingga tidak perlu bergantung kepada orang lain. Kaya dengan jiwa akan membentuk diri yang penuh dengan keimanan menurut perintah Allah serta melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kekayaan jiwa dapat dimiliki dengan melakukan amal soleh antaranya sedekah, berzikir, solat, serta amalan yang membawa kepada ganjaran pahala.

10)  Rasulullah SAW telah bersabda:

لا تباغضوا ولا تحاسدوا ولا تدابروا وكونوا عباد الله اخونا

Maknaya: “Janganlah kamu benci-membenci, janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah kamu belakang-membelakang dan hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Penerapan nilai mahmudah dapat membentuk hati yang murni dan menghalang hati dari dimasuki nilai mazmumah yang akan membawa kepada mahabbah kepada makhluk kerana khaliqnya. Islam sendiri menegah untuk melanggari hak-hak sesama saudara dari sifat tercela yang datang dari iblis laknatullah yang sentiasa berusaha memerangi hamba Allah. Rasulullah mentarbiah umatnya untuk hidup bersaudara, cinta-mencintai dan saling tolong-menolong.


11)  Rasulullah SAW bersabda:

لا يؤمن أحدكم حتي يحب لأ خيه ما يحب لنفسه

Maksudnya: “tidak sempurna keimanan seorang kamu sehingga dia mengasihani saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya sendiri.”

Syariat Islam telah mewujudkan nilai persaudaraan antara seluruh umat Islam yang hidup di dunia ini dengan suatu corak kasih sayang yang luar biasa tanpa melihat luaran fizikal, kaum, bangsa manusia tetapi cukup dengan menyebut syahadah maka manusia tersebut telah menjadi saudara seagama. Corak kasih sayang nilai telah menghapuskan segala sikap buruk diantara diri manusia seperti bersangka beruk (suul zhon).

12)  Rasulullah SAW bersabda:

المؤمن أخو المؤمن

Maknanya: ”Orang mukmin saudara bagi mukmin yang lain”
Allah SWT telah menyatukan antara orang-orang mukmin dengan suatu ikatan persaudaraan yang kukuh melalui iman yang berada di dalam hati. Hidup bersaudara perlu ada kasih-mengasihani, sayang-menyayangi, nasihat-menasihati, tolong-menolong dan bertoleransi dengan adab yang baik mengikut panduan yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. Sifat yany dituntut dalam Islam akan membawa kepada sifat para ahli syurga yang sememangnya menjadi keinginan bagi setiap hamba.

13)  Rasulullah SAW bersabda:

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا

Maksudnya: “Kerjasama seorang mukmin dengan mukmin (yang lain) adalah seperti satu binaan, sebahagiaan menguatkan yang sebahagian.”

Rasulullah telah membawa empayar Islam dengan jayanya melalui kekuatan kerjasama antara sahabat untuk menjadikan bumi ini disinari dengan cahaya Islam. Para sahabat seperti Ibnu Batutta telah menyebarkan syariat Islam sehingga ke negara china  dengan meninggalkan segala yang dimiliki dengan hanya mengejar cinta ilahi dan kekasih-NYA. Sifat ini telah memberi pengajaran kepada umat masa kini untuk saling berkejasama antara saudara Islam bagi memenuhi amanah seorang khalifah. Nilai ini akan memberi kurniaan keberkatan dari ilahi dengan mengukuhkan tali persaudaraan dalam membina kalimah Allah berada di puncak tertinggi.



14)  Rasulullah SAW bersabda:

المؤمنون كرجل واحد

Maknanya: “(kesatuan dan kerjasama antara) orang-orang mukmin itu adalah seperti satu tubuh.”

Satu perumpamaan yang diberikan kepada umat yang dicintai iaitu mengenai kepentingan kesatuan dalam kerjasama antara Islam sehingga merasai sakit jua apabila saudara Islam disakiti. Sifat ini dapat menyemai kekuatan yang kukuh antara umat Islam. Tanggungjawab untuk menjaga hubungan sesama insan akan terjalin apabila ada antara umat Islam ditindas,dizalimi,disakiti. Inilah rahsia yang sebenarnya membawa kepada kegemilangan agama Islam. Nilai ini yang membezakan antara agama Islam dengan agama lain yang ada di muka bumi ini.

15)  Rasulullah SAW bersabda:

المسلم أخو المسلم, لا يظلمه ولا يسلمه

Maksudnya: “Orang Islam itu ialah saudara bagi orang Islam; dia tidaklah boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkannya terbinasa.”

Indah hidup dalam syariat Islam apabila hambanya tidak sahaja menjaga hubungan sesama manusia malah saling juga memelihara diri sesama hamba yang lain untuk sama-sama mengejar redha Allah tanpa berlaku permusuhan yang hanya memberi kerugian dalam diri seorang hamba. Kezaliman yang dilakukan kepada saudara Islam yang lain dapat mendatangkan murka Allah malah dibenci oleh semua makhluk Allah di muka bumi ini.

16)  Rasulullah SAW bersabda:

المسلم من سلم اامسلمون من لسانه ويده

Ertinya: “Orang Islam itu ialah yang orang terselamat kepada orang Islam lain daripada gangguan lidah dan tangannya.”

Perkataan “Islam” membawa erti “selamat,sejahtera” yang melambangkan keselamatan di dalam agama yang agung. Nikmat anggota tubuh badan yang diberi oleh Allah kepada hambanya adalah supaya ia memenuhi hak anggota tersebut kepada Allah dengan melaksanakan amal soleh. Apabila nikmat ini telah disalahgunakan untuk melakukan kejahatan kepada manusia maka akan binasa di akhirat kelak dengan penuh kesengsaraan. Ketika itu tiada yang dapat menolong melainkan melalui rahmat Allah SWT.



17)  Rasulullah SAW bersabda:

من حسن اسلام المرء تركه مالا يعنيه

Maksudnya: “Antara keindahan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.”

Allah SWT tidak menciptakan manusia dengan keadaan yang sia-sia tanpa tujuan sebenar. Diutuskan Rasulullah SAW untuk membimbing umat akhir zaman dari terjerumus kepada perkara yang sia-sia. Diwasiatkan baginda bukan pada harta,kuasa pangkat tetapi ilmu yang akan menjadi penerang di kala gelap gelita. Di sini akal akan berfungsi untuk berfikir untuk memilih kepada sesuatu yang afdal,diutamakan supaya mendapat ganjaran di akhirat kelak. Perancangan yang baik perlu dibuat oleh setiap muslim malah perancangan ini tidak bercanggah kepada syariat Islam.

18)  Rasulullah SAW bersabda:

من خرج فى طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع

Maknanya: “ Siapa keluar kerana mencari ilmu (agama), maka dia berada dalam perjuangan di jalan Allah SWT sehinggalah dia pulang.”

Manusia menjadi bernilai dengan adanya ilmu yang dipelajari. Semakin banyak ilmu yang dipelajari,semakin taqarrub hamba kepada Allah SWT dengan segala bukti yang telah ditunjukkan. Ulama terdahulu sungguh mencintai ilmu sehingga sanggup merentasi benua dengan penuh kesusahan. Perbandingan ilmu milik Allah berbanding dengan apa yang ada di dunia ini hanya setitik dari lautan yang luas. Kejar ilmu dengan bersungguh-sungguh dengan niat kerana Allah sebagai kenderaan ke jalan dunia untuk ke destinasi akhirat.

19)  Rasulullah SAW bersabda:

من ستر مسلما ستره الله يوم القيامه

Maknanya: “Siapa menutup keaiban seorang Islam, maka Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat.”
 
Kasihnya khaliq kepada hambanya, setiap dosa yang dilakukan di dunia disimpan rapi di bawah kekuasaan-NYA. Keaiban yang dilakukan manusia masih lagi ditutupi dengan sifat penyayang-NYA terhadap hamba-hambanya untuk meminta ampun. Agama Islam menuntut penganutnya supaya tidak menbuka aib saudaranya  supaya di akhirat kelak Allah akan memberi ganjaran diatas tertahannya seorang hamba untuk membuka aib saudaranya kerana Allah SWT.



20)  Rasulullah SAW bersabda:

من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله به طريقا الى الجنة

Maknanya: “Sesiapa yang memudahkan sesuatu jalan yang memperoleh ilmu, nescaya Allah SWT akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

Laluan lorong untuk ke destinasi akhirat sangat banyak yang diberikan Allah SWT kepad hamba-hambanya. Sebagai seorang hamba yang lemah lagi daif atas segala kekuasaan melainkan ketentuan-NYA. Antara cabangnya ialah melalui cabang ilmu. Ilmu yang bermanfaat dapat membawa hamba kepada lorong yang lurus sehingga menuju pemiliknya. Jadikan ilmu fardhu ain(tauhid,fiqh,tasawwur) sebagai keutamaan dalam menuntut dan sampingannya dengan ilmu fardhu kifayah (sains,matematik).


21)  Rasulullah SAW bersabda:

من كان في حاجة أخيه, كان الله في حاجته 

Maknanya: “Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan memberikan hajat (keperluan)nya.”

Betapa rahmatnya Allah memberikan rahmat kepada alam serta makhluk supaya dengan nikmat yang diberi dapat menjadi muamalah kepada saudara Islam yang lain tanpa persengketaan. Insan yang terbaik ialah yang menjadi manfaat kepada saudaranya yang lain ketika memerlukan pertolongan ketika kesusahan. Ganjaran yang akan dimiliki di dunia adalah sentiasa dikasihi dan dihormati oleh segenap masyarakat dan ketika berada di akhirat yang penguasanya hanyalah Allah SWT akan memberi rahmatnya kepada hamba-NYA yang terpilih.

22)  Rasulullah SAW bersabda:

من كان يؤمن بالله واليوم الخيرة فليقل خيرا أو ليصمت

Ertinya: “Siapa yang mempercayai Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap baik atau dia hanaya bersikap diam sahaja.”

Setiap tindakan yang dilakukan oleh hamba perlulah disaring dengan akal yang baik dan waras. Islam menuntut penganutnya supaya menjaga lidah dari melakukan perkara yang keji saperti mengumpat(ghibah), memfitnah, mencaci mahkluk ciptaannya jua. Membasahi lidah dengan menyebut nama Allah lebuh dituntut dari mengeluarkan perkataan yang tiada nilai sebagaimna yang diperkatakan di dalam al-quran. Ketika perkataan yang dikeluarkan membawa kepada kelemahan iman maka lebih baik berdiam diri dan berdoa akan kesejahteraan diri.