Sunday, 7 September 2014

nikmat insan akhir zaman

ANUGERAH NIKMAT 

SIFAT AR-RAHMAN ALLAH KEPADA MAKHLUK AKHIR ZAMAN INI SUNGGUH TIDAK TERKIRA BANYAKNYA. PELBAGAI NIKMAT ROHANI DAN JASMANI DIBERI DENGAN HANYA MENYURUH UNTUK BERIBADAH @MENYEMBAH KEPADA ILAHI. nIKMAT YANG DIBERI PADA UMAT MUHAMMAD SANGAT BERNILAI DARI NIKMAT UMAT TERDAHULU SEHINGGA NABI IBRAHIM MENDOAKAN KEPADA RABB MEMINTA AGAR DIJADIKAN BAGINDA DALAM KALANGAN UMAT AKHIR ZAMAN KINI.

NIKMAT TERBESAR
  • IMAN (IKATAN SEORANG HAMBA KEPADA TUANNYA ALLAH)
  • ISLAM (AGAMA YANG BENAR DARI ALLAH YANG ESA)

NIKMAT SERING LUPA
  • BADAN SIHAT (DIGUNAKAN UNTUK BERIBADAH)
  • MASA LAPANG (DIGUNAKAN UNTUK PERKARA YANG BERFAEDAH,AFDAL)

ALLAH BERFIRMAN DALAM AL-QURAN BERMAKSUD:
 
65. Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.

BIL.
ANGGOTA BADAN
MANFAAT
PELIHARA
1
MATA
-MELIHAT CIPTAAN ALLAH
-MENUNAIKAN HAJAT
-MELIHAT INSAN BUKAN MAHRAM
-MELIHAT GAMBAR MEMBANGKIT SYAHWAT
-MELIHAT INSAN PANDANGAN HINAAN
-MELIHAT KEAIBAN INSAN LAIN
2
TELINGA
-MENDENGAR AYAT AL-QURAN
-HADIS RASULLULLAH
-HIKMAT PARA ULAMA(ILMU)
-PERKARA MAKSIAT
3
LIDAH
-BERZIKIR
-BACA AL-QURAN
-BIMBING MANUSIA (DAKWAH)

-BOHONG
-MENYALAHI JANJI
-MENGUMPAT ORANG (GHIBAH)
-BERDEBAT @ BERTENGKAR & MEMBANTAH PERKATAAN INSAN LAIN
-MEMUJI DIRI SENDIRI
-MELAKNAT
-MENDOAKAN KEBURUKAN INSAN LAIN
-BERGURAU @ MENEJEK INSAN LAIN
4
PERUT
-MAKAN YANG HALAL (BERHENTI SEBELUM KENYANG)
-MERASA CUKUP
-TIDAK MAKAN HARAM DAN SUBHAH
5
KEMALUAN
-HANYA UNTUK YANG HALAL
-PELIHARA MATA,HATI DAN PERUT DARI PERKARA YANG HARAM
6
TANGAN
-MENOLONG INSAN LAIN DAN AGAMA
-MEMUKUL INSAN LAIN
-MENGAMBIL PERKARA HARAM
MENJAGA TULISAN YANG SIA-SIA
7
KAKI
-MEMBANTU MAKHLUK DAN AGAMA
-JALAN KE TEMPAT HARAM DAN MAKSIAT

HUBUNGAN BERSAHABAT


ALLAH BERFIRMAN KEPADA RASULLULLAH S.A.W . YANG BERMAKSUD:
[1]    
28. Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

RASULLULLAH S.A.W. TELAH BERSABDA YANG BERMAKSUD:
SESEORANG ITU MENGIKUT AGAMA (CARA HIDUP) SAHABATNYA,OLEH KERANA ITU HENDAKLAH SESEORANG KAMU MELIHAT TERLEBIH DAHULU SIAPAKAH YANG PATUT DIJADIKAN SAHABAT.
HADIS RIWAYAT ABU DAUD, TARMIZI DAN HASAN BAIHAKI

TIPS MENCARI SAHABAT:
1-INSAN YANG BERAKAL
2-INSAN YANG BAIK AKHLAKNYA
3-INSAN YANG SOLEH
4-TIDAK BERSAHABAT DENGAN INSAN YANG TAMAK DUNIA
5-INSAN YANG BENAR
 CARILAH KRITERIA INSAN  INI DI RUMAH ALLAH.



PANDUAN SEORANG MUSAFIR DUNIA

PAKAIAN SANG MUSAFIR
1-AKAL
2-ILMU

PENGHALANG PERJALANAN
1-MASA TERLUANG
2-KETIKA SIHAT

TEMAN BERMUSAFIR
1-PENCIPTA (ALLAH)
2-MAKHLUK (HAIWAN,MANUSIA, DAN MALAIKAT)

MATLAMAT BERMUSAFIR
1-REDHA ALLAH
2-SYAFAAT RASULLULLAH S.A.W.

DESTINASI DITUJU
1-ANUGERAH SYURGA
2-AZAB NERAKA

PETA PERJALANAN
1-AL-QURAN
2-SUNNAH RASULLULLAH

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI KEPADA MURIDNYA:

1-APA PERKARA YANG JAUH?
MASA YANG LEPAS

2-APA PERKARA YANG DEKAT?
MASA KEMATIAN

3-APA PERKARA YANG BERAT?
AMANAH YANG DIPIKUL

4-APA PERKARA YANG RINGAN?
TINGGAL SOLAT

5-APA PERKARA YANG TAJAM?
LIDAH MANUSIA

6-APA PERKARA YANG BESAR?
NAFSU MANUSIA









[1] SURAH AL-KAHFI: 28