Friday, 5 September 2014

AKHLAK DAMBAAN PENGHUNI SYURGA



AKHLAK AKHIRAT

AL-GHAZALI MEMBAWA MAKSUD AKHLAK:

“SESUATU SIFAT YANG TERTANAM DALAM JIWA YANG DARIPADANYA TIMBUL PERBUATAN-PERBUATAN DENGAN MUDAH (TABIAT), TANPA MEMERLUKAN PERTIMBANGAN TERLEBIH DAHULU.“

SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG BERMAKSUD:

“SESUNGGUHNYA AKU DIUTUSKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN KEMULIAAN AKHLAK”

SABDA RASULULLAH S.A.W BERMAKSUD:

“SESUNGGUNGNYA AKHLAK YANG BAIK ITU ADALAH SESUATU YANG SANGAT BERAT DILETAKKANNYA DI ATAS MIZAN (NERACA TIMBANG)”

MANUSIA YANG BURUK AKHLAKNYA WALAUPUN BANYAK AMALNYA MASIH DIANGGAP BURUK 

SEBAGAIMANA SABDA RASULLULLAH S.A.W BERMAKSUD:

“SEORANG PEREMPUAN SENTIASA BERPUASA DI SIANG HARI DAN BANGUN BERSEMBAHYANG DI WAKTU MALAM, TETAPI BURUK AKHLAKNYA, BELIAU SUKA MENYAKITI JIRANNYA DENGAN KATA-KATANYA. SABDA BAGINDA, TIDAK ADA KEBAIKANPADANYA, DIA TERMASUK DALAM GOLONGAN AHLI NERAKA.”

PERINGATAN! :

“AKHLAK BURUK DENGAN AMAL UMPAMA CUKA YANG MEROSAKKAN MADU”

“ILMU YANG BERKAT TIDAK HADIR APABILA ROSAK AKHLAK”

MANUSIA BERKEMAMPUAN UNTUK MENGUBAH TINGKAH LAKU KEPADA AKHLAK YANG MULIA MELALUI DAYA USAHA SENDIRI DENGAN KAEDAH PENDIDIKAN, GALAKAN, ASUHAN, BIMBINGAN, NASIHAT DAN SEUMPAMANYA SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH S.W.T. bermaksud:
   [1]
11. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.

PEMBENTUKAN AKHLAK

-RASULLULLAH SEBAGAI CONTOH (USWAH HASANAH)

FIRMAN ALLAH S.W.T BERMAKSUD:
[2] 
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

TIPS UNTUK MENCAPAI KESEMPURNAAN AKHLAK:

1-MELAYAN MANUSIA SEBAGAIMANA KITA SUKA TUHAN MANUSIA MELAYAN KITA

2-MELAYAN MANUSIA SEBAGAIMANA KITA SUKA MANUSIA MELAYAN KITA
 
-JIHAD YANG BERTERUSAN (ISTIQOMAH)

-BERGAUL DENGAN INSAN YANG BAIK (PARA ALIM ULAMA')

-SENTIASA BERADA DAN MENCARI SESUATU YANG BAIK (MAJLIS ILMU)

-SENTIASA BERDOA MEMOHON BANTUAN ALLAH (SENJATA MUKMIN)

PERKARA YANG MENGHALANG PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA

1) PERSEKITARAN (JASMANI)
 -TINGKAH LAKU BURUK (TABIAT)
-TUTUR KATA YANG KESAT (MENCARUT,GHURUR,GHIBAH)
-GAYA HIDUP TIDAK BERLANDASKAN SYARIAT (MENAFIKAN PERINTAH ALLAH DAN RASUL-NYA)

2) NAFSU (ROHANI)
-KEHENDAK MANUSIA YANG TIDAK PUAS DI MUKA BUMI

CARA KAWAL NAFSU

1-SEDIKIT MAKAN    2-SEDIKIT TIDUR        3-BERKATA YANG PERLU
4-BERSABAR DALAM UJIAN
3-SYAITAN (ROHANI)

allah berfirman s.w.t. bermaksud:
[3]
6. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

SYAITAN TELAH BERJANJI KEPADA ALLAH S.W.T. UNTUK MENYESATKAN UMAT NABI ADAM SEHINGGA HARI KIAMAT. MAKA RASULULLAH TELAH MEWASIATKAN KEPADA UMATNYA DUA PERKARA NESCAYA TIDAK AKAN SESAT,IAITU:

*AL-QURAN

*SUNNAH RASULULLAH


[1] SURAH AL- RA’AD: 11
[2] SURAH AL-AHZAB: 21
[3] SURAH AL-FATIR: 6

No comments:

Post a Comment