Friday, 5 September 2014

Hamba Seorang Manusia


SIAPA MANUSIA?
1)      KHALIFAH > MANUSIA YANG DIPILIH OLEH ALLAH S.W.T SEBAGAI PENGGANTI-NYA UNTUK MENTADBIR, MENGURUS DAN MEMAKMURKAN MUKA BUMI
  
30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".  

2)    HAMBA=TUNDUK PATUH KEPADA PEMILIKNYA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHAN DAN MENINGGALKAN LARANGAN-NYA

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

KEISTIMEWAAN MANUSIA

1)      KESEMPURNAAN KEJADIAN MANUSIA
MENJADIKAN MANUSIA SEBAIK-BAIK DAN SEINDAH-INDAH KEJADIAN YANG MENGANDUNGI DUA UNSUR IAITU :

*UNSUR KEBENDAAN=BENTUK DAN SUSUNAN ANGGOTA BADAN YANG AMAT SESUAI UNTUK BERFUNGSI

*KEROHANIAN=SIFAT-SIFAT ROHANI SEPERTI AKAL, HATI, DAN JIWA.


4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).


 2)      AKAL FIKIRAN=MEMBEZAKAN HAK DAN BATIL sesuai dengan tanggungjawab sebagai seorang da'e @ pendakwah yang membawa kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran

3)      ILMU PENGETAHUAN=MEMPUNYAI KEUPAYAAN UNTUK MENGETAHUI TENTANG SESUATU PERKARA melalui ilmu farhu ain dan kifayah yang menjadi arah tuju kepada akhirat

4)      KEMUDAHAN ALAM=MENCIPTA ALAM SEBAGAI TANDA KEWUJUDAN DAN KEBESARAN-NYA UNTUK KEPENTINGAN DAN KEMUDAHAN MANUSIA melaksanakan amanah yang dipikul di dunia untuk hanya mengabdikan diri kepada khaliq.


[1] SURAH AL-BAQARAH: 30
[2] SURAH AT-TIIN: 4

No comments:

Post a Comment